Sunday, December 11

Penghujung Cintaku :')

Tak mungkin berlakunya kecurangan, andainya hatimu seperti hatiku....

Jika kamu menangis kerana lelaki, berhenti dan cuba fikir kembali, adakah sebenarnya Dia yang kamu cari atau cintanya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan kata-kata manis? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh memimpin kamu kelak? Boleh pandu bahtera keluarga-mu ke arah redhanya? Boleh menyayangi kamu sepenuh hati, terima seadanya cacat celamu? Kesat air mata itu, sesungguhnya harga dirimu lebih penting, sesungguhnya harga air matamu lebih bernilai, lebih berharga jika dibazirkan untuk lelaki itu... Bersabarlah. Berhenti menangis berhenti berharap pada perkara yang belum pasti, yakin dengan ALLAH, orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu layak untuk orang yang lebih baik.

<3 Aku tersenyum walaupun disakiti kerana aku kekasih ALLAH : )

No comments:

Post a Comment